Bukit Kodiang

Bukit Kodiang ini berada di mukim Kodiang. Nama asalnya Bukit Hantu yang suatu masa lalu sepi dari pendaki kini mendapat sambutan dari semua pendaki di Kedah. Bukit  Mokcun menjanjikan satu panorama Jelapang padi Negeri Kedah. 

Bagi kaki mendaki dan para pencinta alam semulajadi, pastinya anda tidak mahu ketinggalan untuk mendaki sambil menikmati panorama indah sawah padi yang luas terbentang.

Bayangkan semua rasa letih dan penat mendaki anda hilang begitu sahaja apabila disajikan dengan pemandangan sawah pagi menguning atau menghijau yang terhampar bagaikan karpet gergasi.

Sambil berehat menghilangkan penat, disapa pula oleh tiupan angin yang adakalanya lembut sepoi-sepoi bahasa dan adakalanya sedikit kencang.

Share this article:
Previous Post: Kodiang

August 7, 2026 - In Explore Kodiang, Heritage & Stories

Next Post: Mitos, nilai sejarah sohorkan Gua Kerbau

August 7, 2026 - In Explore Kodiang, Getting Around, Heritage & Stories

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.